Saturday, October 8, 2011

Berdua Bersatu. (full).....

pesanan buat suami..

Pesanan Buat Suami.. 

 1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 

 3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

 4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 

 5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 

 6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

 7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. 

 8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja. 

 9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. 

 10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? 

 11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. 

 12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. 

 13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong. 

 14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal. 

 15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

 16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

 17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? 

 18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak? 

 19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. 

 20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

 21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

 22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali 

 23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Friday, October 7, 2011

*melangkah ke angka 7*

alhamduliilah, bersyukur kepada Allah,
semalam, khamis, 06 october 2011,
khalish sudah genap 7 bulan.


amin,, kesihatannye semakin baik,
kenakalan dan kebijakannye semakin terserlah,
gelagatnye semakin mencuit hati..





untuk khalish tersayang
semoga awak membesar menjadi anak yang bijak,
pandai, cerdik, cerdas dan pintar.
menjadi anak yang soleh, taat pada agama,
semoga awak berjiwa besar,
berhati besar,
berbakat besar,


semoga awak menjadi orang yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.
semoga Tuhan sentiasa merahmati hidup awak,
dan akhir sekali,
mummy dan papa sayang awak sangat-sangat..



semOga kebahagiaan itu terus menjadi milik kami..

amiiinnn



Thursday, October 6, 2011

carlO rinO - terinGin..

huhu.. tax tau ape kene ngn aku pagi ni,
bangun dari tido je terus teringat hangbag akak sedara,
selalunye die memang akan pakai n akan beli brand carlO rinO ni..

oleh kerana dah termimpi-mimpi, 
aku pun hiburkan hati sendirik,
saje je cek kat internet gambar-gambar keluaran carlo rino,,

n hajat hati, kalau ade duit-duit terpijak,
aku nak beli ape-ape je barang dari brand carlo rino ni sebagai tanda menghargai diri sendirik,
huhuh..
suke-suke aku jerk erk!!!
kalau tau kat encik suami ni,, mati la..
mesti kene bebel punye...
mesti die akan cakap,, kenape nak membazir...
kan banyak handbag dalam almari tu,
pakai jerk la..
huhuh..

apepun, aku tak der lah terlalu mengharap nak pakai beg or barang 
dari jenama carlo rino ni..
cume berangan-angan jerk dulu..
tak salahkan kalau berangan...
hehehe

sebahagian dari barang-barang keluaran carlo rino..






semOga ada peluang untuk aku membeli dan memakai barangan berjenama ini.. 
huhuhuhuhu...

Wednesday, October 5, 2011

istimewanya insan bergelar wanita!

     Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis? 
 Jawabnya: 
 Kerana wanita itu unik. 
 Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa, 
 Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya, 
 Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, 
 Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, 
 Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
 Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
 Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, 
 Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi.. 
 Wanita makhluk kuat,
 Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru. 
 “WANITA itu ISTIMEWA”  


jika wanita, perempuan, ibu atau isteri menangis..??







     Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…”
 Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… 
 Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
 Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! 
 Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. 
 Dia akan menurunkan rasa EGOnya. 
 Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. 
 Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … 
 Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. 
 Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini ?
 ” Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. 
 TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. 
 SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
 PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
 Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. 
 Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
 Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . 
 Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. 
 Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
 TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 
 Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI... Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… 



berjimak @ bersetubuh

     Masa Berjimak Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" Cara berjimak yang dituntut. ...  
 1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t 
 2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 
 3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim. 
 4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 
 6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 
 7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 
 8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. 

 Elakkan berjimak pada waktu tersebut; 
 1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 
 2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 
 3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 
 4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
 5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.
 6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 
 7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 
 8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq
 9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 
 10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
 Semuga beroleh zuriat yang baik dan soleh yang akan membahagiakan pasangan suami isteri dan dirahmati Allah SWT.




Monday, October 3, 2011

lUnch with thEm

jumaat, 30 september 2011.

sempena pertukaran ghaya dari department logistics ke department supply chain,
abg jebe selaku abang sayang die dengan rela hatinye mengajak kami makan di 
PIZZA HUT SETIA TROPIKA. Aku dengan berbesar hatinye dan dengan rela hatinye
memaksa diri untuk ikot dan join diorg, 
padahal time tu aku punyelah tak sedap perot.
huhuhu..
tapi oleh kerana terbayangkan pizza yang sangat sedap, aku pergi jugak..
heheh

jom la layan picture yang sempat diambil semasa kami disana.

kami bertiga..


anna syafiqah 


ghaya 


aku as a mummy khalish.. heheh



peta tempat ktorg makan..


pasni entah bile la lagi dapat makan kat cni.. huuhuh..
sape lagi yang sudi belanje saye makan kat cni,,??
sile angkat tangan..
hehehhe

akhir kata,, selamat maju jaya untuk ghaya...