Tuesday, November 29, 2011

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?



Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.





Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.



Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.




BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteriialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 dari hari pertama haid anda yang akan datang – bukan dari yang sebelum ini)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.




CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormonyang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanitamelalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.






Jangkitan Kuman Di Paru-paru





Pengenalan
Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.



Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
  • Demam panas
  • Batuk dengan atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan, tidak mahu makan
  • Rasa tidak sihat, sering merengek
  • Pernafasan laju atau susah bernafas
  • Muntah atau cirit-birit
Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

  • Pernafasan laju
  • Sukar untuk bernafas
  • Bibir menjadi biru
  • Batuk berdarah
  • Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing
Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. 
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil. 
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

  • Paracetamol
  • Rehat yang secukupnya
  • Minum air yang banyak
Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan. 
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.



Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini? 
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

  • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
  • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
  • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)


RUAM LAMPIN!! JANGAN AMBIL MUDAH!!

BAYI mengalami ruam lampin? Itu masalah biasa bagi kebanyakan bayi. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia bukan satu penyakit bahaya dan lama kelamaan akan hilang jika disapu krim lampin yang disyorkan. Itulah tanggapan sesetengah para ibu mengenai masalah ruam lampin atau anda sendiri sebagai ibu mungkin pernah berperasaan sama seperti mereka. 

Bagaimanapun, Pakar Kanak-Kanak dari Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Fadzilah Ghazali, tidak menolak kemungkinan ruam lampin boleh beransur menjadi luka merah dan mendapat jangkitan kulat atau kandida jika tidak dirawat dengan segera.

Menurutnya, terdapat dua jenis ruam lampin yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak iaitu contact irritant dermatitis dan contact allergic dermatitis.

Komplikasi daripada masalah ruam lampin ini termasuklah jangkitan bakteria dan kulat pada kulit, jangkitan salur kencing dan ruam alahan kulit iaitu ekzema. 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai ruam lampin beliau berkata, kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin. Ia merupakan keadaan di mana kulit bayi yang sememangnya sensitif, menjadi merah dan mengalami keradangan, terutama pada bahagian punggung, kemaluan, celah kangkang dan bahagian dalam peha. 

“Ruam lampin lazimnya terjadi di bahagian dan sekitar tempat yang ditutupi lampin. Sekiranya ada jangkitan kandida akan terdapatlah satellite lesion. Keadaan ini menjadikan bayi tidak selesa dan meragam,’’ ujarnya.

Beliau berkata, antara gejala-gejala ruam lampin termasuklah tompokan kasar, gatal dan merah pada bahagian punggung, kemaluan dan paha. Ini diikuti dengan kulit melepuh dan luka kemerahan. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian yang dijangkiti.

Menjelaskan punca-punca terjadinya ruam lampin, Fadzillah berkata ia berlaku apabila kulit bayi yang sensitif dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama menyentuh air kencing dan najis. 

Katanya, gangguan bahan kimia dan ammonia yang dihasilkan oleh air kencing secara tidak langsung memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kulit bayi bertukar kemerah-merahan dan mengalami keradangan. Turut dikaitkan alahan pada bahan cucian atau kandungan pada lampin pakai buang.

Beliau berkata, masalah ini boleh dielakan dengan mempraktikkan penjagaan kebersihan yang betul oleh ibu bapa.

“Sebaiknya, tukar lampin bayi dengan lebih kerap dan punggung bayi perlu dibersihkan untuk menghilangkan sisa air kencing. Berikan rawatan yang bersesuaian contohnya, krim antifungal jika ada tanda jangkitan kulat kerana masalah ini boleh berulang-ulang,’’ ujarnya sambil menegaskan ruam lampin tidak harus dipandang ringan.

Nasihat beliau, jika ruam berterusan dan tidak sembuh berjumpalah doktor dengan segera.

Rutin penukaran lampin

- Cuci punggung bayi dengan bebola kapas. Guna sabun yang tidak berminyak wangi.

- Tepuk kering dan biarkan terdedah sehingga kering.

- Guna krim penghadang ataupun krim perlindungan.

- Bilas lampin yang kotor sebelum memasukkannya ke dalam baldi yang berisi cecair perendam lampin atau basuh serta-merta. 

- Jika menggunakan lampin kain, jemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari.

- Ambil langkah-langkah untuk mencegah berlakunya ruam lampin dari merawatnya.






Month 6 - 9


There are two very distinct strands to your six-to-nine month old's personality. On one hand, she's an explorer, equipped with most of the skills she needs to investigate her surroundings. On the other, she's a timid soul who clings to the people she knows and loves, and often shies away from strangers.

With her better powers of memory she's getting to know the difference between things that are familiar and safe, and those that are new and un-tested. You can see just how much her memory is improving by watching her reaction to a toy that she has dropped. Up until now she would have forgotten it and moved on. By nine months, she looks in the right direction to see where the toy has gone.

Mover…

  • At six months your baby will put her hands and feet into her mouth. She has learnt she can control her body
  • At seven months she may sit unaided, using her arms to balance her
  • At eight to nine months she can sit and play with a toy but may still lose balance if she turns around
  • At seven to nine months she may start to crawl properly. At first, her arms tend to do most of the work as they're still stronger than her legs, so she may go backwards or in circles. She may also bottom shuffle.

… and shaker

  • At seven to nine months your baby finally masters the art of grasping things with her thumb and forefinger
  • At eight months she may show a left or right-hand preference
  • At nine months she can hold a mug with both hands and may try to grasp a feeding spoon.

Sunday, November 6, 2011

mengerjekan kaki lembu..

heheh.. sekarang ni dah pukul 9.30 malam,,
tapi ayah , ibu, abg mod n ijat sedang busy mengerjekan kaki lembu..
try la tgok picture diorg kat bawah nih...
hehhehe

  esok dapatla aku merase makan kaki lembu nih,,
hehehe


abg mod with kaki lembu...


ayah as a ketua dalam proses mencukur nih,, hehehhe


ijat asorang penting...


ayah nak posing...

nak dikatekan,, setiap tahun n setiap kali raya haji,,
rumah ni mesti akan buat sup kaki lembu,,,,
ermm,, bestnyer!!!!!
esok nak makan puas-puas...!!!!!!!


Saturday, November 5, 2011

BAGAI KACANG LUPEKAN KULIT..




ORANG KAYA SELALU TINDAS ORANG MISKIN,,
ORANG KAYA SELALU DIIBARATKAN BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT..
ORANG KAYA SELALU X KENANG JASA ORANG MISKIN..
ORANG KAYA SELALU JAHAT..
ORANG KAYA MEMANG JAHAT..
AKU BENCI ORANG KAYA..
AKU BENCI KAU..
AKU BENCI SEMUA TENTANG KAU..
KACANG LUPEKAN KULIT..
X KENANG BUDI..........
ORANG KAYA BODOH..
SELALU IKOT KEHENDAK DIRI SENDIRI..
ORANG KAYA SETAN..
ORANG KAYA CIBAI..
ORANG KAYA BABI...
ORANG KAYA JAHAT......................!!!!!!!!!!!!!!!!!
SEMOGA TUHAN BALAS BALASAN YANG SETIMPAL KEATAS DIRI KAU..






hari raya Qurban...

salam... selamat hari raya qurban kepada semua..

nak cerita skit pasal pengalaman khalish pertama kali tengok kepala lembu...

pagi tadi sebelum g keje,, aku n hubby bawak khalish g pasar kg melayu...
pg sane sebab nak beli barang-barang nak masak laksa untuk esOk..
tp yang bestnye, ktorg terserempak dengan kepala lembu..
dengan excitednye hubby tunjuk kat khalish...
tp die boleh buat don no je,,
wat x tau jerk..
macam x takut n macam x berminat pada lembu tu..
huhuuh..

macam gini lah rupe kepala lembu tu..

pastu bile dah settle beli barang sume,, ktorg bawak la die g brekfast "koti kanai"..
khalish punye feveret.. heheh
pasni,, masak la papa ngn mummy die,,
hari-hari nak kene bawak g ngeteh sebab die nak makan "koti kanai"..
hehehehhehe :)


selesai semua, ktorg terus la balik rumah atok dan nenek khalish di kampung melayu..
papa die da lambat nak g keje,, mummy pun same,,
kelam kabot bawak kereta..

ingtkan bile sampai je di rumah atok dan nenek khalish, 
terus nak letak sume barang n tinggalkan khalish kat depan pintu rumah je..

tapi, lain pulak jadinye,,
atok khalish cakap, ade lembu kat tempat semak kat rumah cik milah..
hubby dengan excitednye terus bawak khalish g sane..
 g tgok lembu yang dah ready untuk dikorban esok hari..
comel giler lembu tuh..


macam gini lah rupe lembu tu,, hehehhe...


herm,,kalini baru lah si khalish ni excited!!
siap bergoyang-goyang kaki lagik,, 
nak turun bawah,,, nak tgok lembu dekat-dekat...
tapi mungkin jugak die sangat excited sebab die dok nampak ekor lembu tu bergoyang-goyang..
ehehhe...
sampai meleleh air liur..
siap nak pegang lagi lembu tu,,
tp hubby x bawak khalish pegi dekat-dekat..
takot lembu tu mengamuk n jadi cam picture bawah ni..


hehe,, nanti mummy balik keje petang,, mummy bawak khalish g tgok lembu lagi yerk!!
sekarang ni, awak duk umah nenek diam-diam dulu..


Thursday, November 3, 2011

bengang!!!

bengang!!
aku sangat bengang!!
harini aku betol-betol bengang!!
aku x tau nak wat cmane,,
x tau nak cerita cmane,,
tp aku cume boleh kate,,
yang aku bengang sangat-sangat..
sangat-sangat!!!
sangat-sangat!!!

 macamni la rupe aku sekarang nih!! 
rase mcm nak telan orang!!

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::




Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
 hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
& mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 




Begitulah juga...
setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
 Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
& mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
 selagi dia mengingatmu... 



Jika kamu menadah air biarlah berpada,
 jangan terlalu mengharap pada takungannya
 & janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
 Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
 mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 




Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
 TERIMALAH seadanya...
 Janganlah kamu terlalu mengaguminya
& janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
 bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
 Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya.
Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA
 boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
 yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan & Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
 cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
KELAK..
 Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya...
Lalu kamu akan menyesal. 



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
 yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU..
 MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan...
KELAK..
Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain...
 Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!! 

Fakir-fikirkan lah…

T_T