Friday, December 30, 2011

mc'dOnalds..

kebelakangan ni, aku menggila nak makan mc'd..
hari2 makan mc'd..
sampai hubby cakap die da nek bosan da g drive thru mc'd kat careffour tuh..
sebabnye bile nak balik rumah kene pusing jauh..
huuhu..

ape nak buat,, dah kat situ je ade mc'd yang terdekat,,
kalau kat tpt lain,, susah,,
nak kene masuk parking la,,
ape la...

n untuk minggu ni jerk,
mmg hari2 bedal fastfood!!

n sekarang ni,, aku tgh tunggu mc'd hantar aku punye order...
hehehe

semestinye my favrot burger!!

jeng!! jeng!! jeng!!

mc chicken burger!! 
heheh


dan leaps nih,,
aku nak try makan yang ini pulak!! ..




Thursday, December 29, 2011

MEE vs BIHUN ~

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan disupermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum,“Dasar si kuning gemuk ingat orang suka sangat kat dialah tu!”

Hari-hari berlalu namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain.
bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya. Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak;

“Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!

hahahah........











spagethi

miss my "high heels"

huhuhu!! 
aku sangat-sangat rindu pada kasot tinggi!! 
bile la aku dapat pakai kasot tinggi lagi?
sejak badan semakin membesar ni,, 
langsung x pnh pakai kasot tinggi..
husband cakap,,
"better jangan pakai,, takot tumit tinggi tu x mampu nak tanggung berat badan awak skrg nih"
huhu.. sedihnye!!

x pe,, kuatkan azam,,
nak jugak pakai heels selepas 10 bulan dari harini..
huhuhu!!! 

bertambah-tambah rindu bile search kat google gambar2 high heels patern skrg!!
fuh!! telan je la air liur!!
lame lagi nak dapat pakai tuh..
menunggu dan terus menunggu...!!








Wednesday, December 28, 2011

idaman hati..!!

nak mulekan cmane ni erkh?? heheh..
 hi alls!! ramai ke yang join blog aku nih??
x ramai mane pun kan,, tp x pelah,, asalkan ade..
huhuuh..

la ni,, aku nak share idaman hati...
dah beberape hari ni dok tergile2 kan sesuatu yang agak comel ni..
tablet terbaru dari SAMSUNG!!

nak tau yang mane satu??
tara... ni die..



amacam.. besar x selera aku? 
hahah!! 

sekarang ni tgh duk pujuk-pujuk encik hubby..
die suh bagi die time untuk berfikir..

to encik hubby..
amik la mase berape lame pun nak pikir,,
lambat cm mane pun x pe.
asalkan nanti jawapannye positif yerk!!

anggap je la tablet ni sebagai hadiah harijadiku x lame lagi..
huhuhu!!
da termimpi2 dah ni...
tapi kalau x dapat..
aku akan anggap ni sebagai tak de rezeki..
huhu..

yok tgok jap accesories untuk tablet terbaru nih...









Saturday, December 3, 2011

Fetal development in pregnancy week 4


 

By the end of this week the round and pointy ends of your pear-baby will become more defined leaving them looking something like a miniature manatee.
Despite your baby looking like a sea creature without any eyes, ears or mouth, the earliest forms of what will become the larynx, internal ear, and eye lens are already present, although you'd have to be a trained expert to recognize them for what they're going to be in the future.
At the same time, tiny bumps are forming on your little embryo which will eventually become arms, elbows, fingers, legs, knees and toes - in all their miniaturized perfection.
Lastly, your magical sea creature will be sprouting a tiny tail by the end of this week! Don't worry, it's just the end of their developing spinal cord that'll eventually recede into their lower back.
A microscopic photo would reveal what seems to be their vertebrae filling out the spine and tail. Although they aren't bones yet, but rather, the "bone seeds" that will give rise to your baby's vertebrae, ribs and sternum.

Gigitan cinta itu bahaya.....???.....xcaye,jum bca jap 5 mnit..

Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yangmaut.






tibe - tibe je teringin nak pergi "CAMERON HIGHLANDS"

hehhe..
saje je... entah kenape,, tibe-tibe je teringin nak pegi cameron..
pepagi tadi bangun tido jerk terus cakap kat hubby,,
"rase mcm nak pegi cameron la,,"
hubby dgn muke pelik + muke nak marah cakap,,
"apehal tetibe plak ni nak g sane"
aku dgn blur jawab..
"entahla,, tetibe je teringin nak pegi cameron, teringin nak tgok tempat-tempat cantik kat sane",,
hubby pun cakap,,
"ha,, pegilah search dlu kat internet,, kalau murah,, raye cina nti kite pg",,
wah,, time tu aku rase mcm bestnyer!!

terus cepat-cepat pasang niat,, nak kumpul duit la...
nak jugak pg sane...
x kire!!

n setibenye di ofis....
ape lagi,,
pekara petame yang aku buat,,
search gambar cameron la...
hehehhehe....


nak pegi sini,, mesti best!!



dan nak pegi sini jugak..
nak tgok matahari..


dan,,,
nak pegi petik buah,, ladang cactus dan ladang bunga...!!






wah!! bestnyer!! x sabar nak pegi...
dan,,, nak pegi yang ini...


tapi tadi,, da try col my sis,,
die cakap,,
dalam keadaan mcm skrg ni,, better x yah pg,,
die suh aku duk umah jerk,,
sbb die cakap,, jalan nak ke sane,, bengkang-bengkok...

die siap suh aku cari n tgok map ke sane..
n bile tgok jerk,,
terkejot aku!!
punyelah teruk...
berlekok kat sane sini..
cmfrm muntah aku akan muntah di sepanjang perjalanan!!








cmfrm muntah aku akan muntah di sepanjang perjalanan!!


gile kentang kan??
heheh

apepun,, itu x mematahkan semangat aku..
aku nekad la,,
nak gak g sane raye cina nanti...

tp,, kene try search pakej budget dlu..
kalau x d pakej yang murah,, jawabnye,,
simpan jela hasrat nak g sane...

huhuhuhuhuhuhuhuhuh...



PEMAKANAN DIGALAKKAN UNTUK IBU HAMIL:

- Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dantelur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, kejudan tofu.


Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan. 

Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelasjus oren.

Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi darikekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.


Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

Tips penjagaan diri di awal kehamilan

Yang perlu dielakan semasa kehamilan :

1) Aspirin

merupakan sejenis ubat yang akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, ini akan mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2)Alkohol -
ia akan meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar

3)Litium
ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4)Vitamin A -
jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat

5)Tetrasaiklin -
sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6)Ubat penahan sakit -
boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7)Rokok -
ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8)Hentikan kegiakan lasak -
seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9)Minuman tertentu -
kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh
mengancam bayi dalam kandungan.

10)Makanan -
makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Friday, December 2, 2011

Mual dan muntah (Morning sicknes)

Sekitar 50% perempuan yang mengalami kehamilan akan memiliki tanda-tanda ini. Pemicunya adalah peningkatan hormon secara tiba-tiba dalam aliran darah. Hormon tersebut adalah HCG (Human chorionic Gonadotrophin). Selain dalam darah, peningkatan hormon ini juga terjadi pada saluran air kencing. Makanya, alat test pack kehamilan dilakukan melalui media air seni, hal ini dilakukan untuk mengukur terjadinya peningkatan kadar hormon HCG tersebut. Peningkatan hormon ini akan mengakibatkan efek pedih pada lapisan perut dan menimbulkan rasa mual. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasikan mengenai hal ini ke dokter anda, karena akan mengganggu kehamilan anda.
Mual dan muntah ini biasa morning sickness karena biasanya terjadi pada saat di pagi hari. Namun kenyataannya, mual dan muntah dapat terjadi pada siang dan malam hari juga. Bahkan morning sickness terjadi hanya ketika si ibu mencium aroma atau wewangian tertentu.

Tanda-Tanda Hamil

4,685

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
  • Tidak Datang haid.
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
  • Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
  • Anda mungkin membenci makanan.
Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.
Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkankekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.
Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.
Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.
Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang seleraterhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.
Ujian Pengesahan Kehamilan
Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.